Sempena Halloween yang disambut di Amerika Syarikat 31 Oktober ini, bermacam cara dilakukan untuk melakukan gurauan seram.
Bagaimanapun tak banyak yang berjaya memandangkan rata-rata orang sudah tahu ianya gurauan pra-Halloween dan mereka sudah bersedia.
Bagaimanapun gurauan seram yang dilakukan pelawak Tom Mabe di Louisville, Kentucky ini boleh dikira berjaya meskipun dibuat pada waktu siang hari.
Menggunakan patung tengkorak yang dibalut jubah hitam ala-ala ‘malaikat maut’, Mabe yang memang gemar mengenakan orang menerbangkannya menggunakan alat kawalan jauh lalu merakam reaksi mangsa yang berjaya ditakutkan.
Antaranya dua lelaki berjoging dan remaja sedang bermain bola keranjang yang bertempiaran lari kerana menyangka mereka benar-benar disergah hantu.
Paling kasihan, kanak-kanak di taman pun ditakutkan sampai lari tak cukup tanah. Harap-harap tak ada yang balik demam gara-gara gurauan Mabe ini.
Mujurlah di Malaysia, tak ada sambutan Halloween sampai begini sekali. Bukan apa, ramai orang kita bukannya tahan bergurau sangat. Silap-silap ada yang kena belasah walaupun niat cuma nak memeriahkan suasana. – REM RAMZI
Posting Komentar