Ketagihan Alkohol


Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil secara berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkohol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkah laku dan emosi peminumnya.


Kesan Fizikal

* Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal
* Barah otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing
* Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis
* Ulser dan gastritis
* Kecederaan otak dan masalah saraf
* Masalah jantung dan tekanan darah
* Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut
* Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan
* Masalah seksual
* Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS)
 
Sindrom

Ketagihan meminum alkohol merupakan satu gejala yang sangat serius yang boleh dicegah. Ia boleh memberi kesan buruk kepada mangsa serta keluarganya. Kanak-kanak yang lahir dari keturunan yang mengamalkan alkohol mudah terdedah kepada simptom ini :

# kepala kecil
# kurang tinggi
# hilang ingatan
# masalah jantung
# masalah pembelajaran
# koordinasi yang lemah
# kekurangan berat badan
# kecacatan kaki-tangan serta sendi

Masalah yang akan dialami oleh mangsa ialah :

* masalah kesihatan mental
* waktu perbelajaran yang terganggu
* kelakuan seksual yang luarbiasa
* menghadapi masalah disiplin
* masalah dadah dan alkohol
* sukar menjaga diri seperti menjadi kutu rayau

Langkah Pencegahan

# Ketahuilah had dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini

# Anda digalakkan minum dalam kuantiti yang sedikit

# Selang-selikan minuman beralkohol dengan minuman lain (air mineral, jus buahan, kopi, soda)

# Makan sambil minum, makanan dapat membantu melambatkan penyerapan alkohol ke dalam badan

# Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi, senaman, aktiviti fizikal dan menonton wayang)

# Sedarilah bahawa anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak anda kerana mereka belajar dari apa yang mereka lihat

# Jangan meminum alkohol semasa memandu, ketika mengambil ubat-ubatan atau mengendalikan mesin. Perbuatan yang demikan memudaratkan anda

Peringatan : Meminum alkohol/arak adalah HARAM di sisi Islam

Posting Komentar