Kebelakangan ini, banyak perkhabaran mengenai selebriti tanah air yang diserang pelbagai penyakit.
Antaranya ialah Adi Putra dan Datuk Yusof Haslam yang disahkan menghidap penyakit batu karang dan terbaru, ratu rock negara, Ella Aminuddin yang diserang penyakit apendiks dan dikhabarkan penyanyi ini sudah pun selamat menjalani pembedahan dua minggu lalu.
“Saya telah merancang untuk pulang ke kampung suami di Muar, namun tidak kesampaian kerana saya disahkan menghidap apendiks dan terpaksa menjalani pembedahan serta bermalam di hospital selama tiga malam,” katanya kepada portal Gua.
Sehubungan keadaaan kesihatannya yang tidak begitu memuaskan, doktor telah menasihatkan Ella supaya berehat dalam tempoh masa selama sebulan.
Dalam perkembangan lain, Ella kini bernaung di bawah label Universal Music Malaysia sejak dua bulan dan kini sedang dalam rangka pemasaran bagi menjana perjalanan kerjaya seni penyanyi kelahiran Klang ini.
Oleh: AUDREY LEE
Posting Komentar