Tokyo – Kegilaan terbaru di Jepun ketika ini ialah aktiviti mengorek lubang hidung.Namun ia bukan hidung sebenar sebaliknya hidung plastik atau hojirerun desu yang dijual pada harga kira-kira RM6.Ia dicipta selepas kebanyakan kanak-kanak ditekankan supaya tidak mengorek lubang hidung di tempat awam.Hidung plastik ini dijual dalam mesin dan dikeluarkan oleh Bandai. Hojirerun desu, ini boleh diperolehi dalam dua warna dan ada empat bentuk serta saiz, sesuai dengan permintaan daripada pelanggan.Ia berupa bentuk biasa, hidung nakal, hidung cantik dan hidung idol .Tidak diketahui bagaimana syarikat itu mendapat ilham untuk mencipta produk tersebut namun kajian saintifik yang dijalankan mendapati tingkah laku mengorek hidung adalah baik untuk manusia.Sesetengah saintis percaya, jika seseorang mengorek hidung sendri beberapa kali sehari, ia akan meningkatkan sistem imunisasi.Malangnya hidung palsu yang dijual itu tidak mempunyai fungsi tersebut. Mynewshub
Posting Komentar