Polis Cari Andy Mar Saksi Kes Dadah


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang pemuda berasal dari Sabah bagi membantu satu perbicaraan kes di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di sini.

PDRM dalam satu kenyataan media memberitahu, pemuda berusia 25 tahun tersebut merupakan saksi pendakwaan kes berkenaan yang akan dibicarakan pada 16 hingga 18 Oktober ini.

“Lelaki ini bernama Andy Mar Mario Giidord, bangsa Kadazan dan alamat terakhirnya di Kampung Takapan, Membakut, Sabah,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu PDRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemuda tersebut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-6274 2222 sambungan 282.

Orang ramai boleh juga menyalurkan maklumat kepada Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di talian 03-6256 2280 / 2307 atau melalui Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur 03-2115 9999.

Posting Komentar