Sgor tubuh pasukan bebas siasat isu kondo Bt Caves


  • Nigel Aw
  • malaysiakini  Okt 30 2012
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium kontroversi berdekatan kuil Subramaniar di Batu Caves.

azlan"Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

"Anggota jawatankuasa ini termasuk pihal yang terkenal dalam bidang perancangan, peguam dan mereka yang mempunyai kaitan dalam bidang industri (pembinaan) ini."

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata segala perincian dan jadual masa akan diumumkan selepas perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat exco esok.

Posting Komentar