Orang Selalu ‘Judge’ AC Tak Baik Tetapi Allah Tahu – Emylia

Orang Selalu Judge AC Tak Baik, Tetapi Allah Tahu - Emylia

DI SEBALIK kemelut yang melanda suaminya, Datuk AC Mizal yang dikatakan sudah tidak berjumpa selama tiga tahun dengan dua anak tinjauan perkahwinan terdahulu seperti yang dilaporkan media baru-baru ini, isterinya, Emylia Rosnaida nyata memahami situasi dan perasaan suaminya itu.
Peminat mula memberikan kata-kata buruk kepada AC yang dilihat seperti tidak berusaha untuk berjumpa dengan anak-anaknya, Muhammad Shafiq Iman, 17, dan Muhammad Shabil Iman, 14, sehinggakan AC sendiri terpaksa akur berkemungkinan besar kedua-dua anaknya itu enggan bertemu dengannya.
Mengulas mengenai perkara itu, Emylia menyatakan, “biar orang nampak, orang selalu ‘judge’ kata dia tak baik, tapi bagi saya Allah SWT yang tahu kita, tahu apa yang kita buat.
“Orang nak cakap itu ini, tuduh bukan-bukan, terpulang. Tapi kita tahu apa yang kita buat. Biar nanti satu hari, sampai satu masa Allah akan tunjuk kebenarannya,” katanya yang ditemui Mynewshub.my, baru-baru ini.
Sementara itu AC ketika ditanya mengenai perkara itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana kes tuntutan nafkah daripada bekas isterinya, Shafnie Zainudin masih lagi di peringkat mahkamah.
“Saya tak boleh nak ulas lebih-lebih sebab masih lagi dalam kes mahkamah,” ujarnya ringkas.
Beraya Di Ipoh, Muar
Walaupun tidak merayakan sambutan Aidilfitri bersama dua anak terunanya itu, AC tetap meraikan kemeriahan lebaran dengan anak-anaknya bersama Emylia iaitu Mohd Reeve Damien, 10, dan Fea Eryssa, 5.
Malah Emylia sudah pun membuat persiapan dua bulan sebelum ketibaan Syawal itu sendiri.
“Semua saya dah siapkan. Kebiasaannya kalau nak sambut raya, saya yang paling teruja sekali dengan anak perempuan saya. Saya dah siapkan macam mana, baju kasual tu saya dah siapkan dua bulan sebelum raya lagi,” jelasnya.
Pasangan bahagia ini masih lagi mengekalkan tradisi berpakaian sedondon dan sepakat menggayakan busana berwarna kuning dan ‘royal blue’ pada pagi Aidilfitri nanti.
“Pakaian seperti biasa sedondon, sebab kalau tak sama, anak-anak bising kenapa kita lain, kenapa daddy lain, kenapa mummy lain. Sebab itu kena buat sama, jadi raya pertama kami pakai warna kuning dan hari kedua pula ‘royal blue’,” katanya dalam teruja.
AC dan Emylia akan pulang beraya di kampung halaman Emylia di Ipoh, Perak terlebih dahulu sebelum bergerak ke Muar, Johor untuk bertemu dengan sanak saudara sebelah AC pula.
Malah, lebaran ini juga AC ada menyediakan peruntukkan duit raya untuk peminat ciliknya seperti sebelum-sebelum ini.
“Saya tak kisah, kalau ada rezeki lebih kita bagi. Tiap-tiap kali raya kita ada ‘prepare some amount’ (untuk duit raya),” katanya.
Oleh: JULIANA JOHAR
Video: RIZA RAZAK

Posting Komentar