VIDEO Yang Nilah Penyanyi ‘Rembau Most Wanted’ Rupanya…

Muzammil Alias


Selepas fenomena lagu Rembau Most Wanted menjadi hangat, peminat lantas terus tercari-cari siapakah gerangan penyanyi yang menyanyikan lagu rap berunsurkan dialek Negeri Sembilan itu.
Penyanyinya, Waris atau nama sebenar Muzammil Alias, 24, mengakui impak yang dirasai sebagai anak seni tercetus bagai sekelip mata.
Namun, Waris, anak jati Rembau, ingin menjelaskan sebarang kekeliruan mengenai identitinya dan menegaskan dirinya hanya bergerak solo dan tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan.
“Saya mahu berkongsi dengan semua, saya sebenarnya bergerak solo dan bukan berkumpulan.
“Individu lain yang sering bersama saya ketika beraksi adalah teman kolaborasi dan gandingan yang saya undang untuk memeriahkan lagu dan persembahan saja,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Pelajar tahun dua bidang Kejuruteraan Awam di UNITEN ini turut berbangga dengan penerimaan orang ramai terhadap lagunya itu yang mana merupakan sebagai salah satu cara memartabatkan budaya bangsa dengan menggunakan platform muzik yang diterima ramai masa kini.
“Jujurnya saya bangga dengan penerimaan orang. Apabila ramai peminat dari Negeri Sembilan memuji usaha saya yang cuba mempopularkan dialek tempatan menerusi muzik rap, ia satu penghormatan buat saya,” ujarnya lagi.
Oleh: AUDREY LEE

Posting Komentar