Jeritan Selamatkan 30 Pekerja Kilang


BUKIT MERTAJAM – Tindakan pantas seorang pekerja menjerit bagi memaklumkan kebakaran di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak di sini berjaya menyelamatkan nyawa 30 pekerja kilang itu.

Kebakaran pada 11.40 pagi itu disedari seorang pekerja bahagian pengeluaran produk kilang peralatan besi berkenaan.

Seorang daripada pekerja yang hanya ingin dikenali sebagai Lim berkata ketika kejadian, mereka sedang tekun bekerja sebelum dikejutkan dengan jeritan pekerja berkenaan dan dia terus menghubungi bomba.

Pegawai Bomba Kanan Dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam Hamid Khalid memaklumkan pemberita bahawa jentera pertama tiba di kilang berkenaan tujuh minit selepas menerima panggilan dan ketika itu, dua tong dram berisi minyak terpakai sedang terbakar.

Beliau berkata bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kilang berhampiran dalam tempoh 15 minit, dan api dipadamkan setengah jam kemudian.

Katanya, sebanyak 12 anggota dari Balai Bomba Bukit Mertajam dan Bandar Perda dibantu 20 sukarelawan terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

Hamid berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan namun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. – BERNAMA

Kasihannya! Tangan Tersepit di Mangkok Tandas Ketika Mahu Selamatkan Cincin Kahwin

  18 Oktober 2013
 
Foto: Dailymail.co.uk
Lelaki ini   mempertaruhkan tangannya kerana cincin kahwin terjatuh ke lubang tandas.
Selamatkan Cincin Kerana Takut Isteri Berleter
Lelaki ini bernama Zhang, dia terpaksa meminta tolong anggota bomba setelah kerana tangannya tersepit di lubang tandas. Tangan Zhang tersepit ketika dia berusaha mengambil cincin kahwinnya yang jatuh ke dalam lubang tandas duduk. Zhang berfikir bahawa itu adalah hal yang buruk, kerana isterinya boleh ngomel, dilansir oleh Dailymail.co.uk, Khamis (17/10).

Foto: Dailymail.co.uk 
Foto: Dailymail.co.uk
Kisah bermula ketika lelaki yang bekerja di wilayah Quanzhou, China ini mahu mandi, Zhang membuang cincinnya. Dia langsung panik ketika cincin itu tidak sengaja jatuh ke lubang tandas. Ketika tangannya mencuba mengambil cincin, tangannya tidak boleh diangkat semula ke atas. Mulanya Zhang menggunakan sabun agar tangannya dapat lepas, namun usaha itu sia-sia.
Panik kerana tangannya tidak mau lepas, akhirnya lelaki itu berteriak minta tolong. Beruntung teman-teman Zhang mendengar dan segera membantu rakan mereka yang sedang keletihan. Sayang sekali, mereka juga tidak dapat membantu Zhang. Akhirnya mereka memanggil bantuan anggota bomba

Foto: Dailymail.co.uk 
Foto: Dailymail.co.uk
Usaha penyelamatan ini cukup rumit. Petugas bomba terpaksa membongkar paip tandas di bahagian bawah lantai. Waktu yang cukup lama itu membuat Zhang lemas, apalagi bahagian paip   dekat tangannya harus digerudi. Beruntung, anggota bomba berhasil melepaskan tangan Zhang dari tersangkut . Tubuh Zhang yang lemas akhirnya dipapah pasukan perubatan, namun semua baik-baik saja.

Foto: Dailymail.co.uk 
Foto: Dailymail.co.uk
Tidak diketahui apakah cincin kahwin Zhang berhasil diselamatkan dalam insiden tersebut. Yang pasti, kejadian ini boleh menjadi pengajaran bagi anda untuk lebih berhati-hati, terutama bersangkutan benda penting seperti cincin kahwin. 

sumber:Vemale.com