Rahsia Mengenal Kegadisan

Salam semua,




Sebenarnya, melalui tapak tangan kita boleh membuat penelitian berbagai aspek tentang perangai atau sikap seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan. Melalui tapak tangan juga kita boleh merenung masa lampaunya dan apakah yang tersirat dihatinya. Sentuhan ini disebut sentuhan antara hati ke hati.

Akan tetapi ilmu meneliti tapak tangan ini tidaklah perlu mempunyai ilmu firasat atau batin. Memadai dengan melihat beberapa perubahan fizikal tapak tangan seseorang itu, sama ada mereka yang kuat bekerja, malas atau bermacam-macam lagi.

Justeru itu untuk memastikan seseorang gadis itu masih dara melalui tapak ngannya. Retak pada bahagian kanan dan kiri tapak tangan kanannya menandakan gadis itu sudah tiada dara. Jika gadis itu masih dara, telapak tangannya samada sebelah kiri atau kanan tidak akan retak. Keretakan ini kelihatan jelas dengan urat-urat walaupun tangan gadis itu lembut. 


Sebaliknya gadis yang masih ada dara akan kelihatan kiri dan kanan telapak tangan kanannya licin dan lembut.
Sebaliknya mereka yang tiada dara, jika ditekan pada bahagian kiri dan kanan tapak tangan kanannya, warna pucat akan berlaku dan lekukan akan kelihatan terlalu mudah menolak balik ke asal. Walau bagaimanapun tidak semua gadis akan mempunyai sisi reka bentuk yang dinyatakan sedemikian. Ini selalunya berlaku pada gadis yang berkulit tebal dan agak kasar. 



Tetapi untuk mempastikan kedudukan sebenar gadis itu antara masih dara atau tidak, anda juga oleh memerhatikan pada bahagian tengah tapak tangan kanannya. Jika terdapat garisan yang terputus pada bahagian tengahnya bermakna gadis telah hilang daranya. Akan tetapi garisan itu tidak putus bermakna gadis itu masih suci.

Selain daripada tapak tangan, ibu jari dan jari kelingking juga boleh memberikan petunjuk sama ada gadis itu masih suci atau tidak. Untuk tujuan itu anda hanya perlu menyentuh ibu jarinya dan genggam selama satu minit. Jika ibu jarinya panas dan kelihatan merah apabila dilepaskan dari genggaman anda, gadis itu masih dara.
Akan tetapi jika jari itu kelihatan kecut dan pucat walaupun panas, gadis itu sudah tiada suci lagi.

Untuk melihat jari kelingking pula anda hendaklah memegang jari kelingking gadis itu dengan sedikit kuat selama seminit, kemudian lepaskan. Tanyakan kepadanya bagaimana rasa jari kelingkingnya setelah digenggam dan dilepaskan. Jika gadis itu mengatakan tiada rasa apa-apa, bermakna dia sudah hilang dara. Tetapi jika dia berkata sesuatu yang sebagai contohnya, berdenyut, berdebar jantungnya, tersentuh perasaan pada hatinya atau setidak-tidaknya sedikit sakit yang berdenyut pada jarinya, maka gadis itu suci.

Biasanya sentuhan yang saya maksudkan ini hanya boleh dilakukan antara lelaki dan perempuan sahaja. Jika perempuan dengan perempuan melakukannya ia tidak memberi kesan kepada yang melakukannya. Tetapi untuk tujuan meneliti tapak tangan, anda sendiri boleh melakukannya dengan memerhati garis-garis yang ada. Jangan risau jika terdapat garis-garis pecah pada telapak tangan anda jika anda masih dara. Sebenarnya ada kemungkinan oleh kerana anda bekerja agak keras, maka terdapat pada bahagian tapak tangan anda pecah-pecah atau berurat.

Walau bagaimanapun keperibadian yang mulia dan sentiasa menjaga kesucian diri tidak akan memberi sebarang kesan terhadap diri anda.


~sumber~



Korek Hidung Jadi Kegilaan Di Jepun

Hidung

Tokyo – Kegilaan terbaru di Jepun ketika ini ialah aktiviti mengorek lubang hidung.
Namun ia bukan hidung sebenar sebaliknya hidung plastik atau hojirerun desu yang dijual pada harga kira-kira RM6.
Ia dicipta selepas kebanyakan kanak-kanak ditekankan supaya tidak mengorek lubang hidung di tempat awam.
Hidung plastik ini dijual dalam mesin dan dikeluarkan oleh Bandai.
hidung palsu
Hojirerun desu, ini boleh diperolehi dalam dua warna dan ada empat bentuk serta saiz, sesuai dengan permintaan daripada pelanggan.
Ia berupa bentuk biasa, hidung nakal, hidung cantik dan hidung idol .
Tidak diketahui bagaimana syarikat itu mendapat ilham untuk mencipta produk tersebut namun kajian saintifik yang dijalankan mendapati tingkah laku mengorek hidung adalah baik untuk manusia.
Sesetengah saintis percaya, jika seseorang mengorek hidung sendri beberapa kali sehari, ia akan meningkatkan sistem imunisasi.
Malangnya hidung palsu yang dijual itu tidak mempunyai fungsi tersebut. Mynewshub

VIDEO Gurauan Halloween Yang Menakutkan


Sempena Halloween yang disambut di Amerika Syarikat 31 Oktober ini, bermacam cara dilakukan untuk melakukan gurauan seram.

Bagaimanapun tak banyak yang berjaya memandangkan rata-rata orang sudah tahu ianya gurauan pra-Halloween dan mereka sudah bersedia.

Bagaimanapun gurauan seram yang dilakukan pelawak Tom Mabe di Louisville, Kentucky ini boleh dikira berjaya meskipun dibuat pada waktu siang hari.

Menggunakan patung tengkorak yang dibalut jubah hitam ala-ala ‘malaikat maut’, Mabe yang memang gemar mengenakan orang menerbangkannya menggunakan alat kawalan jauh lalu merakam reaksi mangsa yang berjaya ditakutkan.

Antaranya dua lelaki berjoging dan remaja sedang bermain bola keranjang yang bertempiaran lari kerana menyangka mereka benar-benar disergah hantu.

Paling kasihan, kanak-kanak di taman pun ditakutkan sampai lari tak cukup tanah. Harap-harap tak ada yang balik demam gara-gara gurauan Mabe ini.

Mujurlah di Malaysia, tak ada sambutan Halloween sampai begini sekali. Bukan apa, ramai orang kita bukannya tahan bergurau sangat. Silap-silap ada yang kena belasah walaupun niat cuma nak memeriahkan suasana. – REM RAMZI


Telepon Polis Hingga 15 Ribu Kali kerana Kesepian Wanita Ini Ditangkap

5 Dis 2013
 
Ilustrasi (Reuters)
Tokyo - Polis Jepun menangkap seorang wanita kerana kerap menghubungi mereka. Bagaimana tidak mengganggu, kerana wanita ini menghubungi polis  lebih dari 15 ribu kali selama 6 bulan terakhir.

Seperti dilansir AFP, Kamis (5/12/2013),  polis  telah berkali-kali mendatangi rumah wanita berusia 44 tahun dan memintanya untuk berhenti melakukan aksi tersebut. Namun ketika bulan Mei, wanita ini kembali melakukan aksinya tanpa henti, polis  terpaksa melakukan penangkapan.

"Dia telah melakukan panggilan darurat sebanyak 927 kali dalam satu hari... sangat mengganggu kerja polis ," ucap seorang pegawai   polis  kota Sakai yang tidak disebut namanya.

Entah apa yang memotivasi wanita ini melakukan aksi tersebut. Otoriti  setempat telah mengesampingkan dugaan gangguan mental atas perilaku aneh wanita ini. Setiap panggilan darurat yang disampaikannya tidak dimaksudkan secara serius.

"Dia tidak mengarang cerita yang membuat kami meresponnya -- hanya saja itu benar-benar seperti orang tidak ada kerja ," tambah pegawai tersebut.

"Kami mendatangi rumahnya sekitar 60 kali sebelum akhirnya menangkapnya, kami mulanya berusaha memujuknya untuk tidak menelepon kami  . Saya merasa mungkin dia hanya kesepian," tuturnya.

Wanita yang tidak disebut namanya ini dijerat dakwaan menghalang-halangi tugas polis. Jika dinyatakan bersalah, dia terancam hukuman maksima 3 tahun penjara atau hukuman denda hingga 500 ribu Yen  .detikNews

Akaun Twitter Zahida Rafik ‘Panas’ Dengan Sindiran

Salam semua,


Akaun Twitter Zahida Rafik ‘Panas’ Dengan Sindiran

PETALING JAYA: Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu.
Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan.
Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: “Hi jutawan. Anda telah kantoi…Saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara.”
Zahida pula membalas dengan berkata; “Sabar!!Teruskan usaha anda! Saya perlu tido sekarang, selamat malam! Esok jangan lupa tweet lagi tau…Sekurang-kurangnya saya seorang jutawan, anda pula?
Seorang lagi pengguna, Mohd Firdaus menghantar pesanan kepada Zahida lima hari lalu berbunyi: “Untung laaa @zahida_rafik hidup senang-senang sahaja hujung minggu dapat RM200,000. Nak duit beritahu sahaja dekat menteri. Saya harap berita ini satu kebenaran.”
Zahida pula membalasnya; “Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. Tidak apa, Allah akan tunjukkan kebenarannya.”
Bagaimanapun trend tersebut berubah apabila pengikut Twitter milik Zahida mula memberi komen yang positif terhadap pelakon itu apabila terdapat mereka yang menyokong dan memberi galakan kepadanya.
Seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Tengku Iskandar menghantar mesej berbunyi; “Harap cepat selesai masalah ini sebelum makin melarat. Faham-faham sahaja la di Malaysia ini, semua hendak jadi hakim.”
Adlynn Jamlus pula menghantar mesej dengan meminta Zahida bersabar iaitu; “Bersabarlah dengan dugaan yang diberi… Insya-Allah ada hikmahnya.
Sehingga malam Isnin, akaun Twitter pelakon Anak Mami The Movie ini mempunyai 7,069 pengikut.
Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Bagaimanapun, Zahida dan menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memfitnah mereka.

Tiz Zaqyah Kahwin Sekiranya Ada Jodoh


Ramai yang sudah mengetahui bahawa aktres popular, Tiz Zaqyah tidak pernah berahsia mengenai hubungan cintanya dengan jejaka bernama Daniel Haziq.

Malah dia sentiasa memuat naik gambar kekasihnya itu di laman Instagram dan kemana-mana sahaja, mereka berdua pasti akan kelihatan bersama.

Macam belangkas yang tidak boleh dipisahkan.

Ketika diminta mengulas mengenai bilakah dirinya akan mendirikan rumah tangga, Tiz menyatakan, “saya akan berkahwin sekiranya saya mempunyai jodoh yang panjang dan kuat bersama-sama dengan kekasih saya sekarang ini”.

Tiz juga menafikan dia bakal mendirikan masjid dalam masa terdekat atau pun pada tahun hadapan.

Sementara itu, pelakon berusia 25 tahun ini baru sahaja pulang dari New York, menjalani penggambaran sitkom Oh My English yang diterbitkan oleh Red Communications.


Oleh: AUDREY LEE

Ketua ketua Umno Cawangan tolak Ketua Umno Bahagian Apa sudah jadi

Kami Boikot Buletin Utama TV3
‎"UMNO Sama UMNO Bergaduh, MCA Tepuk Tangan"... Kan Dah Kena Kat Batang Hidung Sendiri... Apa Kata MACAI?... ::.kikiki.::
"UMNO Sama UMNO Bergaduh, MCA Tepuk Tangan"... Kan Dah Kena Kat Batang Hidung Sendiri... Apa Kata MACAI?... ::.kikiki.::