EKSKLUSIF Anggota Polis Bantuan FELDA Antara Terawal Ternampak Kelibat Pengganas Sulu

EKSKLUSIF: Anggota Polis Bantuan FELDA Antara Terawal Ternampak Kelibat Pengganas Sulu


LAHAD DATU – Mungkin ramai tertanya-tanya, siapakah antara mereka yang terawal berjaya ‘menghidu’ kehadiran puak pengganas militan Sulu di sini?
Jawapannya ada pada dua orang anggota polis bantuan FELDA yang ketika itu sedang memancing ikan kira-kira pukul 4 pagi berhampiran Kampung Tanduo yang terletak tidak jauh dari Felda Sahabat.
Mereka berdua ketika itu sedang bercuti.
Ketika sedang leka memancing, mereka ternampak sekumpulan lelaki bersenjata itu tiba dengan bot panjang, lengkap berpakaian celoreng.
Menyedari kehadiran ramai lelaki yang ‘mencurigakan’ di kawasan tersebut, anggota polis bantuan FELDA berkenaan berjaya menyusup keluar  dari situ dan memaklumkan apa yang mereka saksikan kepada pihak polis, tanpa langsung disedari oleh pengganas yang rata-ratanya bersenjata api.
Tindakan berani anggota berkenaan tidak berakhir di situ, khidmat pasukan polis FELDA juga kemudiannya terus digunakan untuk menjejaki mereka yang terlibat.
Bagi Ketua Polis Bantuan FELDA, Datuk Jalaluddin Ibrahim, beliau menghargai tindakan berani pegawai dan anggotanya walaupun mereka berhadapan dengan risiko yang sangat besar.
” Mereka adalah antara benteng awal di sini, bahaya yang mereka hadapi bukannya sikit namun keberanian mereka membantu pihak polis cukup mengkagumkan.
” Bahkan mereka memberitahu saya, biar apa pun yang terjadi, mereka tidak akan tinggalkan Felda Sahabat ini, mereka nekad terus melindungi harta kita, nyawa penduduk serta peneroka,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.
Sementara itu bagi Inspektor Muhammad Lamin, pengalamannya bertugas selama 11 tahun di Felda Sahabat tidak sia-sia apabila khdimatnya digunakan pihak polis untuk menjejaki persembunyian penceroboh yang dimaksudkan.
481361_10151475441263050_490581312_n
” Saya berbangga kerana dapat menyumbang pengalaman saya dalam operasi penjejakan…selama beberapa hari kami mendekati zon bahaya tanpa disedari langsung oleh pihak pengganas.
” Terus terang, saya dapat lihat sendiri bagaimana pergerakan mereka, di mana mereka bersembunyi malah sempat melihat aktiviti seharian pengganas ini seperti lokasi tempat mereka mandi dan sebagainya.
” Tak banyak sikit, maklumat  ini saya percaya telah membuatkan pasukan keselamatan kita berjaya dalam beberapa siri pertempuran dari hari pertama serangan hinggalah sekarang,” katanya yang telah lebih 20 tahun berkhidmat sebagai anggota polis bantuan FELDA.
Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini dipetik sebagai berkata, tahap keselamatan di Felda Sahabat akan ditingkatkan ekoran kejadian pencerobohan.
Ahmad berkata, beliau akan mencadangkan kepada pihak atasan supaya polis bantuan Felda dibekalkan senjata api lebih canggih manakala anggota Rela turut dibekalkan senjata api.
Malah, beliau juga bersetuju pihak pengurusan Felda sahabat menambah bilangan anggota Rela daripada 200 orang kepada 400 orang.
“Ini membolehkan tahap keselamatan dapat ditingkatkan supaya insiden pencerobohan terutama yang boleh mengancam keselamatan keluarga Felda tidak berlaku,” ujarnya.
Selain itu juga, katanya kerajaan juga sudah bersetuju jeti di Felda Sahabat digunakan sebagai balai bagi membolehkan anggota agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) beroperasi. – Mynewshub.my

Telepon Polis Hingga 15 Ribu Kali kerana Kesepian Wanita Ini Ditangkap

5 Dis 2013
 
Ilustrasi (Reuters)
Tokyo - Polis Jepun menangkap seorang wanita kerana kerap menghubungi mereka. Bagaimana tidak mengganggu, kerana wanita ini menghubungi polis  lebih dari 15 ribu kali selama 6 bulan terakhir.

Seperti dilansir AFP, Kamis (5/12/2013),  polis  telah berkali-kali mendatangi rumah wanita berusia 44 tahun dan memintanya untuk berhenti melakukan aksi tersebut. Namun ketika bulan Mei, wanita ini kembali melakukan aksinya tanpa henti, polis  terpaksa melakukan penangkapan.

"Dia telah melakukan panggilan darurat sebanyak 927 kali dalam satu hari... sangat mengganggu kerja polis ," ucap seorang pegawai   polis  kota Sakai yang tidak disebut namanya.

Entah apa yang memotivasi wanita ini melakukan aksi tersebut. Otoriti  setempat telah mengesampingkan dugaan gangguan mental atas perilaku aneh wanita ini. Setiap panggilan darurat yang disampaikannya tidak dimaksudkan secara serius.

"Dia tidak mengarang cerita yang membuat kami meresponnya -- hanya saja itu benar-benar seperti orang tidak ada kerja ," tambah pegawai tersebut.

"Kami mendatangi rumahnya sekitar 60 kali sebelum akhirnya menangkapnya, kami mulanya berusaha memujuknya untuk tidak menelepon kami  . Saya merasa mungkin dia hanya kesepian," tuturnya.

Wanita yang tidak disebut namanya ini dijerat dakwaan menghalang-halangi tugas polis. Jika dinyatakan bersalah, dia terancam hukuman maksima 3 tahun penjara atau hukuman denda hingga 500 ribu Yen  .detikNews

AC Mizal Buat Report Polis Dan MCMC!

Ini ada belogfadah terjumpa dalam satu forum kat sini yang membahaskan tentang kisah AC mizal..

belogfadah x berani nak komen apa-apa dan anda yang menilainya sendiri...tak berani nak main dengan undang-undang.

Saksikan sendiri lampiran laporan beliau tersebut.....









Polis Cari Andy Mar Saksi Kes Dadah


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang pemuda berasal dari Sabah bagi membantu satu perbicaraan kes di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di sini.

PDRM dalam satu kenyataan media memberitahu, pemuda berusia 25 tahun tersebut merupakan saksi pendakwaan kes berkenaan yang akan dibicarakan pada 16 hingga 18 Oktober ini.

“Lelaki ini bernama Andy Mar Mario Giidord, bangsa Kadazan dan alamat terakhirnya di Kampung Takapan, Membakut, Sabah,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu PDRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemuda tersebut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-6274 2222 sambungan 282.

Orang ramai boleh juga menyalurkan maklumat kepada Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di talian 03-6256 2280 / 2307 atau melalui Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur 03-2115 9999.