Video Budak Menangis Kerana Hilang 20 Ribu!


[Video] Budak Menangis Kerana Hilang 20 Ribu!
[Video] Budak Menangis Kerana Hilang 20 Ribu! - Tengok video ni penulis teringat adik sendiri. Begitulah budak-budak, kalau main apa saja permainan pasti tidak mahu kalah.
Ada saja yang tidak puas hati, lebih-lebih lagi kalau diri sendiri hampir tewas.
Tergelak juga dibuatnya.
Dalam video dibawah ni, terdapat seorang budak dengan loghat utara sedang bermain permainan Jutaria bersama beberapa orang lagi.
Jutaria adalah permainan di mana kita harus pandai menguruskan kewangan untuk membeli aset supaya tidak muflis.
Kiranya orang yang bermain harus pandai menyusun strategi ala-ala ahli perniagaan.
Dua lagi lelaki yang ada dalam video itu tidak pasti pula adik-beradiknya atau rakan.
Apa yang pasti, terdapat sedikit salah faham diantara mereka.
Lantas budak itu yang dianggap boleh tahan cerdiknya, melawan kata kerana tidak puas hati.
Tetapi dua orang lelaki tersebut seolah-olah saja mahu mengenakannya.
Sampai menangis lah budak itu!
Layankan video dibawah ini…. – MyNewsHub

Rosyam Nor Bakal Terima Menantu Sulung

Rosyam Nor Bakal Terima Menantu Sulung

Tahniah Mangga ucapkan kepada pelakon terkenal Rosyam Nor dan isterinya, Runika Mohd Yusof yang bakal menerima menantu sulung pada 12 Mei ini. Anak perempuan mereka, Arniesha Azureen, 23, bertemu jodoh dengan, Mohd Hafiz Mohd Said , 28, dari Melaka.
Majlis meraikan kedua pengantin itu bakal berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak pada 18 Mei ini. Mereka bertunang pada Oktober tahun lalu.
Rosyam Nor bertemankan pembantunya, Julia Juhasu datang sendiri menghantar kad undangan majlis resepsi ke syarikat-syarikat media. Kad berwarna kuning cair itu menampilkan foto Arniesha dan Hafiz tersenyum girang dengan berpakaian putih ala 60-an.
Kata Rosyam, walaupun masanya agak terbatas tetapi dia tetap mahu menghantar sendiri kad majlis perkahwinan itu memandangankan hubungannya yang akrab dengan media.
.aa-rosyam-wife3
“Datang sendiri, menghantar sendiri dan menjemput sendiri dengan mulut lebih afdal sebab rakan-rakan media ni dah jadi kawan-kawan saya. Jadi, saya memang mahu mereka datang sebagai rakan-rakan yang meraikan perkahwinan anak saya, bukan datang berkerja atau membuat liputan tau.
“Urusan perkahwinan rupanya tak semudah yang dilihat. Memang banyak betul kerjanya. Tapi tak mengapalah, saya seronok sebab nak dapat menantu sulung walaupun banyak yang perlu diuruskan.
“Apa yang penting, saya harap majlis ini akan berjalan lancar tanpa cacat-cela dan semua tetamu berpuas hati .’’
Mangga pasti akan datang ke majlis ini demi Rosyam Nor yang sangat menjaga baik hubungannya dengan pihak media. Tahniah Rosyam! -manggaonline.my

Paha Wanita Jepun Dijadikan Papan Iklan

Sebuah syarikat pengiklanan di bandar raya ini menemui cara terbaru dan unik untuk menarik perhatian orang ramai - menggunakan paha wanita muda sebagai tempat menyiarkan iklan.



Pengguna di Jepun memang terkenal sebagai kumpulan yang sukar untuk membaca iklan kerana terlalu banyak papan iklan dan skrin gergasi televisyen di sekitar bandar negara itu.

Keadaan itu mendorong syarikat pengiklanan WIT untuk menggunakan paha gadis dan wanita muda sebagai papan iklan kerana ia bahagian yang selalu menjadi perhatian orang ramai, khususnya lelaki.

“Ia adalah tempat paling sempurna untuk menempatkan iklan kerana lelaki, baik tua atau muda sentiasa menumpukan penglihatan mereka pada bahagian itu,” kata Hidenori Atsumi, Ketua Pegawai Eksekutif WIT.

Kumpulan terkenal tidak ketinggalan.

Cara begitu jelas popular setakat ini. Sehingga ini, 3,000 gadis mendaftarkan diri untuk paha mereka menjadi papan iklan bergerak dengan tatu iklan sementara menunjukkan gambar atau logo produk.

Seorang daripada mereka, Miho Matsumoto berkata, dia tidak berdepan dengan masalah untuk menjadi papan iklan bergerak.

“Saya akan menolak jika iklan itu diletakkan pada perut saya atau tempat lain yang boleh menyebabkan saya malu. Tetapi, jika di paha saya yang gebu, saya tidak ada masalah,” katanya.

Mereka yang bersedia untuk menjadi papan iklan bergerak itu perlu memenuhi beberapa syarat, termasuk berusia lebih 18 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya 20 rakan di laman media sosial. -AP

Orang Selalu ‘Judge’ AC Tak Baik Tetapi Allah Tahu – Emylia

Orang Selalu Judge AC Tak Baik, Tetapi Allah Tahu - Emylia

DI SEBALIK kemelut yang melanda suaminya, Datuk AC Mizal yang dikatakan sudah tidak berjumpa selama tiga tahun dengan dua anak tinjauan perkahwinan terdahulu seperti yang dilaporkan media baru-baru ini, isterinya, Emylia Rosnaida nyata memahami situasi dan perasaan suaminya itu.
Peminat mula memberikan kata-kata buruk kepada AC yang dilihat seperti tidak berusaha untuk berjumpa dengan anak-anaknya, Muhammad Shafiq Iman, 17, dan Muhammad Shabil Iman, 14, sehinggakan AC sendiri terpaksa akur berkemungkinan besar kedua-dua anaknya itu enggan bertemu dengannya.
Mengulas mengenai perkara itu, Emylia menyatakan, “biar orang nampak, orang selalu ‘judge’ kata dia tak baik, tapi bagi saya Allah SWT yang tahu kita, tahu apa yang kita buat.
“Orang nak cakap itu ini, tuduh bukan-bukan, terpulang. Tapi kita tahu apa yang kita buat. Biar nanti satu hari, sampai satu masa Allah akan tunjuk kebenarannya,” katanya yang ditemui Mynewshub.my, baru-baru ini.
Sementara itu AC ketika ditanya mengenai perkara itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana kes tuntutan nafkah daripada bekas isterinya, Shafnie Zainudin masih lagi di peringkat mahkamah.
“Saya tak boleh nak ulas lebih-lebih sebab masih lagi dalam kes mahkamah,” ujarnya ringkas.
Beraya Di Ipoh, Muar
Walaupun tidak merayakan sambutan Aidilfitri bersama dua anak terunanya itu, AC tetap meraikan kemeriahan lebaran dengan anak-anaknya bersama Emylia iaitu Mohd Reeve Damien, 10, dan Fea Eryssa, 5.
Malah Emylia sudah pun membuat persiapan dua bulan sebelum ketibaan Syawal itu sendiri.
“Semua saya dah siapkan. Kebiasaannya kalau nak sambut raya, saya yang paling teruja sekali dengan anak perempuan saya. Saya dah siapkan macam mana, baju kasual tu saya dah siapkan dua bulan sebelum raya lagi,” jelasnya.
Pasangan bahagia ini masih lagi mengekalkan tradisi berpakaian sedondon dan sepakat menggayakan busana berwarna kuning dan ‘royal blue’ pada pagi Aidilfitri nanti.
“Pakaian seperti biasa sedondon, sebab kalau tak sama, anak-anak bising kenapa kita lain, kenapa daddy lain, kenapa mummy lain. Sebab itu kena buat sama, jadi raya pertama kami pakai warna kuning dan hari kedua pula ‘royal blue’,” katanya dalam teruja.
AC dan Emylia akan pulang beraya di kampung halaman Emylia di Ipoh, Perak terlebih dahulu sebelum bergerak ke Muar, Johor untuk bertemu dengan sanak saudara sebelah AC pula.
Malah, lebaran ini juga AC ada menyediakan peruntukkan duit raya untuk peminat ciliknya seperti sebelum-sebelum ini.
“Saya tak kisah, kalau ada rezeki lebih kita bagi. Tiap-tiap kali raya kita ada ‘prepare some amount’ (untuk duit raya),” katanya.
Oleh: JULIANA JOHAR
Video: RIZA RAZAK

Roland Tikam Kekasih Kerana Curang

posted by indah.com on 15 Mei 2012

Roland Tikam Pacar Setelah Ketahuan Tidur dengan Pria Lain
IST
Roland Smith

Seorang  lelaki,  Roland Smith (32)   asal Spotsylvania County, Virginia, Amerika Syarikat ditangkap Jumaat, minggu lalu, setelah menikam kekasihnya kerana tertangkap curang dengan lelaki lain di sebuah motel. Demikian diberitakan The Smoking Gun, Isnin (14/5/2012).

 Roland  menikam kekasihnya yang berusia 36 tahun  di motel Econo Lodge.   Wanita itu mengatakan kepada polis yang si pelaku menikam di bahagian perut. Mangsa kemudian dibawa ke rumah sakit setempat. Keterangan ini dikeluarkan oleh Spotsylvania County Sheriff’s Office.

Roland ditangkap di lokasi kejadian dengan tangan bersimbah darah dan sebilah pisau. Dalam foto, terlihat tulisan di bahagian tubuh pelaku dalam bahasa latin antara lain Cogito ergo sum (saya berfikir kerana itu saya ada), Alis grave nil (tak ada yang sulit bagi mereka yang memiliki sayap), serta sebuah tulisan artikulasi yang ditulis di bawah kata-kata itu.
Internasional Populer

Postman Menimbunkan 400 Kg Surat di Rumahnya Kerana Malas Kerja

Sabtu, 18/05/2013 
 
 
Ilustrasi (AFP)
Rom  - Gara-gara terlalu malas melakukan tugasnya, seorang tukang pos di Itali  terancam dipenjara. Polis  menemui timbunan surat seberat 400 kg di dalam rumahnya.

Surat-surat tersebut seharusnya dikirimkan ke alamat tujuan. Namun kerana si tukang pos terlalu malas, dia tidak melakukan tugasnya yang seharusnya. Kes ini terjadi di wilayah pinggiran Sardinia, yang memiliki 2,000 penduduk.

"Warga setempat telah sejak lama mengeluhkan kepada polis  kerana mereka tidak pernah menerima ratusan dokumen penting yang dikirimkan melalui pos," ujar polis  setempat, Gianni di Carlo kepada AFP, Sabtu (18/5/2013).

"Kami pergi ke rumahnya dan kami menemukan sejumlah besar surat di garasinya," imbuhnya.

Menurut Carlo, surat-surat tersebut sudah berusia bertahun lama. Yang paling lama bertanggal sekitar empat tahun lalu.

"Kami menemukan 400 kilogram surat, semuanya dibagi ke dalam beberapa kategori," tutur Carlo. Tidak disebutkan secara pasti jumlah surat-surat yang ditimbun di rumah tukang pos tersebut.

Akibat perbuatannya ini, si tukang pos yang berusia 50 tahun ini terancam dipenjara. Dijerat dakwaan pencurian surat, dia terancam hukuman maksima  3 tahun penjara jika sabit kesalahan.

"Dia terlihat seperti lelaki baik-baik, tapi memang dia sering keluar malam dan minum-minum. Mungkin itu penyebabnya kenapa dia malas," ucap seorang pemilik hotel setempat, Fidel, menanggapi kelakuan si tukang pos.

"Saya fikir dia memang tidak mau bekerja," kata seorang warga lainnya.detikNews

Lesu 15 Hari Tak Makan Seorang Pengganas Sulu Serah Diri

Lesu 15 Hari Tak Makan, Seorang Pengganas Sulu Serah Diri


Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berkata seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan.
Beliau berkata 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.
Berhubung seorang pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu petang semalam, Khalid berkata keadaan fizikal militan itu yang lesu setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.
“Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka telah ditangkap,” katanya.
Dalam pada itu, Khalid berkata 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa masuk ke perkampungan terbabit pagi ini bersama pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda masing-masing.
Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan.