Tuan Guru redah jalan berbukit untuk berbuka bersama Orang Asli

 Harakahdaily
Muhd Hussin Ibrahim, 29 Jul 2012

(Tok Guru Nik Aziz gembira bertemu dengan Orang Asli Gua Musang)


GUA MUSANG: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempuh perjalanan sejauh kira-kira 100 km dari bandar Gua Musang untuk berbuka puasa bersama penduduk Orang Asli kelmarin.

Pos Tuel, Lojing dihuni seramai 40 keluarga Orang Asli, terletak jauh di pedalaman Gua Musang, penduduk bertuah dapat berbuka puasa bersama Menteri Besar.

Separuh daripada laluannya menggunakan jalan lori balak. Debu berterbangan ketika dilalui kenderaan. Jalannya terpaksa mendaki dan menuruni bukit bukau.

Turut hadir anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pengarah JAHEIK, Datuk Che Rahim Mat Jusoh dan pemimpin tempatan Gua Musang.

Program Ihya Ramadan di Pos Tuel dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) dengan kerjasama Maahad Muhammadi Gua Musang julung kali diadakan.

Sehari sebelum itu seramai 40 pelajar bersama guru bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing di pos berkenaan.

Ketibaan rombongan Menteri Besar menaiki kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 5 petang disambut Tok batin dan penduduk tempatan. Mereka kelihatan begitu gembira dapat bertemu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Saya berasa terharu kerana pertama kali sampai di Pos Tuel dan dapat bertemu mata dengan penduduk tempatan.

“Walau pun agak letih kerana perjalanan begitu jauh namun saya berasa gembira kerana dapat bertemu penduduk di sini,” katanya di majlis tersebut.

Biar pun kelihatan Menteri Besar menyampaikan kuliah agama menunggu masa waktu berbuka puasa bersama penduduk.

Pada majlis itu Mohd Amar menyampaikan bantuan zakat kepada penduduk Orang Asli. Mereka sudah lama menganut Islam.

Kerajaan negeri juga membina sebuah masjid yang dinamakan Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq membabitkan kos kira-kira RM500,000.

Lagi Orang Cakap Gemuk Lagi Kuat Makan


Sebagai seorang wanita yang kerjanya ‘masuk TV’ setiap hari, Fizza Sab Jahan memberitahu walaupun tidak mengamalkan diet yang ketat tetapi dia perlu memastikan kekal memiliki berat badan yang ideal.

Menurut personaliti berkulit hitam manis ini, sentiasa peka dengan makanan yang dia ambil dan mengamalkan makan dalam kuantiti yang sikit. Namun sebetulnya kata Fizza, sekiranya ada yang orang menegur dirinya gemuk, semakin dia gemar menambahkan selera makannya.

“Kurus, ya? Saya kena pastikan badan kurus sebab ‘nak masuk TV’ kan. Sebab kalau dalam TV kita akan nampak berisi walauapun diluar kita kurus”, jawabnya bila ditanya pihak media akan penampilannya yang kelihatan sedikit kurus berbanding sebelum ni.

Fiza atau nama sebenarnya Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, 31, ditemui pada majlis Rumah Terbuka Wanita Hari Ini (WHI), ‘Masih Ada Yang Sayang’, bertempat di sebuah restoran di ibukota, baru-baru ini.

“Sebenarnya saya ni, kalau orang cakap saya gemuk, lagi saya kuat makan. Saya tak diet pun tapi saya jaga pemakanan saya dan amalkan makan dalam kuantiti sedikit. Dulu berat saya 63kg tapi dah turun 12kg”, sambungnya pengacara WHI ini lagi.

Anggap Diri Wartawan

Dalam pada itu Fizza meluahkan rasa syukur kerana tidak menyangkan biarpun dalam sia yang agak lewat dia menyertai dunia penyiaran namun selama tujuh tahun bergelar personaliti TV banyak pengalaman dan ilmu yang ditimbanya.

Malah tidak hanya tertumpu pada WHI saja sebaliknya Fizza banyak mendapat peluang untuk membuktikan bakat mengacaranya seperti dalam program kecantikan May Fair dan Sembang Sahur.

“Saya mula agak lewat dalam bidang ni iaitu ketika umur 26 tahun. Saya bermula dari program Nona. Dan saya sedar bukan senang orang (penonton) nak terima kita. Tapi bagi saya kalau pun kita kurang dari segi paras rupa, saya cuba buktikan menerusi bakat saya. Alhamdulillah dah tujuh tahun saya dalam bidang ni dan saya banyak juga diberikan peluang.

“Walaupun sebagai personaliti TV tapi saya tak diri saya hanya sebagai pengacara tetapi juga seorang wartawan. Jadi saya juga lalui kesibukan kerja dan jadual kerja yang tidak tentu masa. Saya bersyukur kerana keluarga memahami kerjaya saya”, ujarnya. – Malaysian Digest

Orang Selalu ‘Judge’ AC Tak Baik Tetapi Allah Tahu – Emylia

Orang Selalu Judge AC Tak Baik, Tetapi Allah Tahu - Emylia

DI SEBALIK kemelut yang melanda suaminya, Datuk AC Mizal yang dikatakan sudah tidak berjumpa selama tiga tahun dengan dua anak tinjauan perkahwinan terdahulu seperti yang dilaporkan media baru-baru ini, isterinya, Emylia Rosnaida nyata memahami situasi dan perasaan suaminya itu.
Peminat mula memberikan kata-kata buruk kepada AC yang dilihat seperti tidak berusaha untuk berjumpa dengan anak-anaknya, Muhammad Shafiq Iman, 17, dan Muhammad Shabil Iman, 14, sehinggakan AC sendiri terpaksa akur berkemungkinan besar kedua-dua anaknya itu enggan bertemu dengannya.
Mengulas mengenai perkara itu, Emylia menyatakan, “biar orang nampak, orang selalu ‘judge’ kata dia tak baik, tapi bagi saya Allah SWT yang tahu kita, tahu apa yang kita buat.
“Orang nak cakap itu ini, tuduh bukan-bukan, terpulang. Tapi kita tahu apa yang kita buat. Biar nanti satu hari, sampai satu masa Allah akan tunjuk kebenarannya,” katanya yang ditemui Mynewshub.my, baru-baru ini.
Sementara itu AC ketika ditanya mengenai perkara itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana kes tuntutan nafkah daripada bekas isterinya, Shafnie Zainudin masih lagi di peringkat mahkamah.
“Saya tak boleh nak ulas lebih-lebih sebab masih lagi dalam kes mahkamah,” ujarnya ringkas.
Beraya Di Ipoh, Muar
Walaupun tidak merayakan sambutan Aidilfitri bersama dua anak terunanya itu, AC tetap meraikan kemeriahan lebaran dengan anak-anaknya bersama Emylia iaitu Mohd Reeve Damien, 10, dan Fea Eryssa, 5.
Malah Emylia sudah pun membuat persiapan dua bulan sebelum ketibaan Syawal itu sendiri.
“Semua saya dah siapkan. Kebiasaannya kalau nak sambut raya, saya yang paling teruja sekali dengan anak perempuan saya. Saya dah siapkan macam mana, baju kasual tu saya dah siapkan dua bulan sebelum raya lagi,” jelasnya.
Pasangan bahagia ini masih lagi mengekalkan tradisi berpakaian sedondon dan sepakat menggayakan busana berwarna kuning dan ‘royal blue’ pada pagi Aidilfitri nanti.
“Pakaian seperti biasa sedondon, sebab kalau tak sama, anak-anak bising kenapa kita lain, kenapa daddy lain, kenapa mummy lain. Sebab itu kena buat sama, jadi raya pertama kami pakai warna kuning dan hari kedua pula ‘royal blue’,” katanya dalam teruja.
AC dan Emylia akan pulang beraya di kampung halaman Emylia di Ipoh, Perak terlebih dahulu sebelum bergerak ke Muar, Johor untuk bertemu dengan sanak saudara sebelah AC pula.
Malah, lebaran ini juga AC ada menyediakan peruntukkan duit raya untuk peminat ciliknya seperti sebelum-sebelum ini.
“Saya tak kisah, kalau ada rezeki lebih kita bagi. Tiap-tiap kali raya kita ada ‘prepare some amount’ (untuk duit raya),” katanya.
Oleh: JULIANA JOHAR
Video: RIZA RAZAK