Sgor tubuh pasukan bebas siasat isu kondo Bt Caves


  • Nigel Aw
  • malaysiakini  Okt 30 2012
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium kontroversi berdekatan kuil Subramaniar di Batu Caves.

azlan"Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

"Anggota jawatankuasa ini termasuk pihal yang terkenal dalam bidang perancangan, peguam dan mereka yang mempunyai kaitan dalam bidang industri (pembinaan) ini."

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata segala perincian dan jadual masa akan diumumkan selepas perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat exco esok.

APA Blogger No 1 Umno Dah Berpaling Arah Kini Seorang Blogger Bebas


Alhamdulillah, akhirnya dia sedar akan kesilapan. Semoga dia terus maju berblog dengan penuh berhemah. Tahniah APA!!

Berikut adalah petikan daripada blog APA




KENYATAAN RASMI
ADMIN BLOG APA
Kuala Lumpur
22hb julai 2012
10:53 malam


Mulai saat ini aku mengumumkan blog ini bukan lagi blog PRO BN dan blog ini jugak bukan blog PRO PR.Aku mengambil keputusan untuk tidak menyokong mana mana pihak kecualimenyokong keadilan dan menentang kezaliman yang dilakukan tidak mengira siapa,sama ada pemimpinUmno/Barisan Nasional atauPas/PKR/DAP/Pakatan Rakyat.


Dengan ini aku menyerahkan MAHKOTA BLOGGER NO.1 PRO BN kembali kepada sahabat blogger PapaGomo dan aku mohon kepada sahabat blogger KLXpress agar tidak menyenaraikan aku lagi sebagai blogger PRO BN dalam Ranking Alexa untuk bulan hadapan.


Memandangkan aku ini HANTU TIDAK BERTUAN ada lebih baik aku wawarkan status ini secara rasmi untuk memudahkan aku berkarya tanpa mengundang kontrovesi dan menegur siapa saja...apa saja...mengikut penilaian dan pandangan aku tanpa dipengaruhi mana mana pihak.Aku tidak ingin mengundang SENGKETA dengan mana mana sahabat bloggers sama ada yang pro BN atau pro PR dan aku mengharapkan agar sahabat semua faham akan keputusan yang aku ambil ini dan menghormati nya sapertimana aku menghormati kebebasan berkarya semua bloggers.


Semoga kita semua dapat menyumbang kearah penulisan POLITIK yang lebih sihat untuk kesejahteraan  negara ini yang akhirnya akan memunafaatkan  RAKYAT Malaysia keseluruhan nya.


SELAMAT BERJUANG DENGAN AGENDA DAN PLATFORM MASING MASING.


Azmi Ibrahim,
Aku Peduli Apa @ APA
Kuala Lumpur,