SELAMAT TINGGAL JDT FANDI AHMAD

TINGGAL KENANGAN... Fandi tidak lagi akan membimbing Johor DT.
JODOH lagenda Singapura, Fandi Ahmad bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berakhir selepas hampir satu musim menabur bakti membimbing pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

PBNJ dalam satu kenyataan memberitahu persatuan dan Fandi bersetuju untuk mengikut haluan masing-masing selepas membuat pertimbangan yang teliti serta persefahaman bersama.

Sambil menyifatkan Fandi sebagai seorang jurulatih yang cemerlang dan sentiasa berdedikasi bagi membentuk pasukan yang mantap, PBNJ menyatakan persatuan ingin mencari pendekatan taktikal yang berbeza.

"Pintu sentiasa terbuka bagi Fandi di PBNJ dan beliau sentiasa dianggap seperti keluarga di sini.

"PBNJ juga sentiasa bersedia memberi sokongan dalam sebarang usaha yang bakal diceburi beliau pada masa akan datang.

"Ini merupakan berita yang mendukacitakan buat PBNJ dan juga para penyokong Johor, namun PBNJ mendoakan yang terbaik buat Fandi," katanya.
Fandi Ahmad
PBNJ turut menyatakan Fandi telah banyak menabur bakti dalam pembangunan bola sepak Johor.

"Jasa dan sumbangan beliau terhadap projek bola sepak Johor akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh PBNJ dan penyokong," katanya.

Ahmad Dhani Habis Wang Kerana Dul


DEMI kasih pada anak, penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang begitu tinggi berikutan kes kemalangan yang membabitkan anak bongsunya, Dul.


Berikutan itu, Dhani dikatakan pernah meminta penerbit program Indonesian Idol membayar terlebih dahulu wang pendahuluan kerana ada mangsa yang perlu menjalani pembedahan, memetik laporan Berita Harian.

Menurutnya, dia ketika itu sudah kehabisan wang, sekaligus memaksanya untuk memohon budi bicara pihak penerbit itu.

Kos perbelanjaan bukan sahaja untuk rawatan, tetapi turut meliputi pampasan dan bayaran untuk peguam.

Bagaimanapun, Dhani tetap berkeras untuk tidak meminta bekas isterinya, Maia membantunya dalam msalah kewangan tersebut.

Lihatlah betapa besarnya pengorbanan seorang bapa. Semoga ia dijadikan iktibar oleh anak-anak di luar sana agar tidak melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan keluarga suatu hari nanti.

Oleh: ELZA